Click here...!

Thursday 26 July 2012

Majlis Ulangtahun Yayasan Sultanah Haminah

Persembahan Bintang Raudhah Live @ JWMarriot Hotel Bukit Bintang 



Assalamualaikum WBt... Baru-baru ini kami telah dijemput untuk mengadakan persembahan di hadapan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Permaisuri Agong dan juga Perdana Menteri kita di JW Marriot Hotel di Bukit Bintang pada 15 Julai 2012 yang lalu. Alhamdulillah.. dengan izin Allah, persembahan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Kami dijemput oleh wakil dari Pihak Istana untuk membuat persembahan di hadapan ke bawah duli tuanku 2 minggu sebelum majlis diadakan.. ALhamdulillah, latihan kami yang hanya ada beberapa hari saja membuahkan hasil yang cukup membanggakan pada majlis itu. Bukan apa, Tuanku Permaisuri Agong request lagu hindustan lak untuk majlis pada hari itu.. hahaha.. tak kelam kabut jadinya bilamana penasyid jadi artis bollywood..?? huhu... tapi tu jelah special request yang tuanku minta. tak apa, be happy.. thankx juga kepada Guitarist jemputan abang Eddy Wan Othman, Abang Aji selaku basist & Abang Emy ( Ustaz Razmie ) selaku Guru, Music Arranger & juga keyboardist kami pada hari itu. Segalanya bermula dengan suasana yang cukup happening ketika sesi latihan. maklumlah.. Bercampur-campur idea semata-mata nak bagi event success!! hehehe.. Yang kami ni pula terkejar-kejar jadual antara latihan nasyid, show dan juga waktu sekolah.. yelah.. kan kami sume ni budak- budak sekolah??

Satu.. Dua.. Tiga.




penat.... penat...
So.. selepas hampir seminggu praktis, kami pun tiba ke majlis yang dijadualkan, Alhamdulillah, belum ape-ape lagi dah dorang serve macam-macam lauk.. Kami mula-mul datang agak penat skit, yelah dorang cakap suh bawak PA System sendiri, sampai-sampai je, ade abang DBKL tu cakap, "Korang pakai aku punya PA System je" HAaaa.. tak ke berbunga-bunga hati kami ni...  Dah la mengangkut separuh nyawa.. 
xpe... tutup cerita.. hehe ... persembahan pada hari itu juga, majlis itu turut diserikan juga dengan kengkawan artis yang lain seperti akak Ning Baizura, Uncle Roy.. Anak didik kak Nora iaitu Voice Of Ummi dan juga Pancaragam dari DBKL.. Haaha.. Meriah sangat... Kami sempat menyanyikan 3 buah lagu nasyid dan satu lagu request (hehehe) dan alhamdulillah... Tuanku serta semua crowd suka dengan  persembahan santai kami... At Least, lepas penat seharian kerja, kami pun balik.. haha.. apa lagi?? shopping la kami sume pada keesokan harinya dengan duit prsembahan yang kami terima pada malam tu.. Thanx abang Emy.... dapat juga beli something untuk sambut ramadhan kali ni.. so bagi sesiapa yang nak perkhidmatan kami.. sila hubungi kami ye... ( Bintang Raudhah ) dapat la juga kami berbelanja untuk duit poket kami.. Bukan apa, nak mintak derma di stesen minyak, masjid-masjid dari orang ramai macam seseparuh rumah kebajikan yang lain bukan lah keutamaan kami.. Malu tau.. paling tak kami usaha juga apa -apa yang kami boleh buat bagi menampung pandapatan kami.  Tapi jangan pulak kata kami hinakan atau rendahkan mereka-mereka yang meminta. Bagi kami, korang jauh lebih baik dari mereka yang mencuri mahupun merompak.. Apa-apa pun , ushalah semampu kita.. Kla... Assalamualaikum WBT






Jutaan Penghargaan Kepada :

  1. Jabatan Khas Istana Negara
  2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL
  3. Raudhah Event & Entertainment
  4. Hotel JW Marriot Bukit Bintang
  5. Dato Najib - Pegawai Khas Pengantara Istana Negara
  6. Pertubuhan Penyayang Raudhah GOMBAK
  7. Rumah Penyayang Warga Prihatin KAJANG