Click here...!

Sunday, 24 June 2012

Pondok Penyayang Raudhah


Pondok Penyayang Raudhah

Kaitan Bintang Raudhah & Pondok Penyayang Raudhah

Assalamualaikum WBT :-)

Well.. for first nak citer kat semua.. Pondok Penyayang Raudhah dan Bintang Raudhah memanglah teramat terkait rapat sangat-sangat.. :-D 
Mmmmm... Nak tau kenapa ?? 
Sebenarnya Bintang Raudhah ni berasal dari Pondok Penyayang Raudhah yang terletak di Gombak Batu 11 Selangor... Haha... sebab itulah kami meletakkan nama kami sebagai Bintang Raudhah.. Konon-kononnya waktu tu kami fikir kami ni BiiiiNNNtang La sanngatt...!! hahaha.. Maklumlah.. kami ni kan budak kecik lagi waktu tu... ??

Sebenarnya..
Pondok Penyayang Raudhah ni adalah permulaan dari segala-gala cerita tentang kami...
Mmmmm... Tentang semua yang pernah hidup serta tinggal di situ.. Tau kenapa...?? Pondok Penyayang Raudhah ni sebenarnya adalah sebuah Rumah Kebajikan serta perlindungan bagi anak-anak yatim, remaja bermasalah, gadis-gadis terlanjur, fakir miskin, OKU serta pelbagai lagi  golongan yang memerlukan Pondok Penyayang Raudhah ni sebagai tempat mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.. Banyak kisah suka duka manis mahupun yang pahit dapat dilalui bagi mereka-mereka yang tinggal di situ..


Pada asalnya, Pondok Penyayang Raudhah yang ditubuhkan pada tahun 1985 hanyalah sebuah pusat penempatan yang menempatkan anak yatim sekitar 4 orang sahaja... ?? Apa...!!!!???
Ye... !! btul... memang 4 orang sahaja ketika itu... pada era 90an, Negara kita Malaysia dikejutkan dengan isu Bohjan serta bohsia yang amat serius.. So pengasasnya iaitu Ustaz Mokhtaruddin pada ketika itu telah membesarkan ruang skop Pondok Penyayang Raudhah ni untuk menerima pula mereka yang bermasalah... sehinggalah kini, Pondok Penyayang Raudhah telah melahirkan ribuan pelajar yang rata-ratanya adalah dari golongan yatim, fakir serta miskin...


Maka.. kami Bintang Raudhah juga merupakan sebahagian daripada warga Raudhah yang dimaksudkan di atas... Di sini, kami dididik mengenal Allah, Sembahyang & mengaji...
itu sahaja... Dan yang paling penting, kami di sini selalu diajar bahawa hidup ini memerlukan tiga perkara utama yang wajib dilakukan iaitu :


  • bekerja 
  • beribadah
  • berdakwah

So... thats why laa yang membezakan rumah kami dengan rumah kebajikan yang lain adalah kami tidak berjalan ke sana dan ke mari bagi memohon sedekah... bagi kami, apa-apa sahaja yang boleh dilakukan bagi mendapatkan pendapatan, itulah yang akan kami lakukan... Tapi.... haaaaa.... ade tapinya....?? mmm... ini bukanlah bermaksud yang kami menghina mereka-mereka yang meminta..
Bagi kami, perbuatan mereka tu lebih baik berbading mereka yang meragut, mencuri mahupun merompak...




SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI KAMI




krew Bintang Raudhah sedang memasang
PA System  untuk jemputan majlis perkahwinan di RAWANG 



Persembahan Nasyid di Majlis Pelancaran Yayasan  Sultanah Hamimah bersama Yang Dipertuan Agong
dan Tuanku Permaisuri Agong di Ritz Carlton hotel, Kuala Lumpur


Majlis bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa malaysia , IIUM Gombak



Jemputan persembahan di majlis Menteri Perdagangan Dalam Negeri bersama
Duli Yang maha Mulia Sultan Pahang di Bera, pahang


Live Show di Hello On Two TV2





Jemputan persembahan di majlis Blast Of the Band , Wangsa Walk dengan kerjasama Kumpulan Nasyid SMK Sri Selayang tahun 2012


Ini semua adalah salah satu cara dari kaedah Pondok Penyayang Raudhah mendidik kami.. Kami juga akui, bukan semua antara kami yang minat belajar dan pergi sekolah tp kami juga di ajar di sini, bahawa rezeki bukanlah terletak pada sijil yang menggulung tinggi... Yang paling penting tahu tujuan kita sebagai manusia dihantar ke muka bumi ini.. Asalkan boleh berdikari, tahu survive dalam kehidupan yang makin mencabar ni, dah cukup buat kami untuk hidup dengan cara kami sendiri... Hmmm... Camne ??? Best tak cara hidup kami... Mungkin ada yang kata ya, mungkin juga yang akan kata tidak... tapi... kita semua ada bidang masing-masing, ibarat mee, tauhu, kerang, tauge, dan cili... masing-masing ada peranannya yang tersendiri.. Bila bersatu, maka lahirlah semangkuk mee yang sedap... Ye..!! Begitu juga kita sebagai manusia, semua kita ada peranan masing-masing... kalau semua kat dunia ni pandai-pandai dan kerja tinggi-tinggi...?? siapa plak nak buat kerja kutip sampah-sampah tepi jalan raya tuh... hahaha... nampak tak..?? inilah yang kami maksudkan...
 
Jadi tu, tak perlulah kita nak menghina sapa-sapa k. Semua yang berlaku ni semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi.

Mmmm... gambar-gambar di atas tu adalah cuma sebahagian dari program-program kami di sini.. Kalau nak tulis semuanya... Huuiiihhh...! Penuh blog ni kami tulis.... tapi takpe.. semua tu kami akan tulis dalam siri-siri yang akan datang..

Back to our topick..

Sehingga kini.. Raudhah dah banyak lalui jalan serta simpang yang sepatutnya dilalui oleh sebuah rumah kebajikan.. kalau nak bercerita bahawa kami selalu je lalui detik manis, membohong la plak kan?? Kami juga pernah melalui pelbagai peristiwa sedih.. antaranya pemergian ibu kami iaitu Ustazah Syarifah tahiyyah, yang juga merupakan pendokong kuat kami di sini.. Peristiwa banjir lumpur yang menyebabkan salah seorang sukarelawan di sini hanyut dan lemas. Petir kuat yang hampir-hampir memusnahkan kediaman kami... Pondok Penyayang kami diserbu serta pelajar kami diangkut oleh JKM hanya kerana terdapat laporan yang mengatakan kami terabai di sini.. dan macam-macam lagi lah.. Tapi... itu semua tidaklah mematahkan semangat kami untuk terus hidup walau pebagai benda terpaksa kami lalui sepanjang Pondok Penyayang Raudhah kami ni ditubuhkan..

Tapi... Seharusnya pujian dan syukur kami ni dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dialah yang telah membuatkan hati semua penghuni-penghuni di sini cekal.... So takpa... nanti.. kami akan update lagi apa-apa yang terlintas di fikiran kami ni nanti...

Salam semua
Peace No dengKi- lengki..

Saturday, 23 June 2012

Bintang Raudhah


                          Asal Usul BINTANG RAUDHAH


Apa tu Bintang Raudhah??

Adik beradik marikh ke? pluto ?? ape?? KFC Wedges..? mana datang wedges lak waktu-waktu gini  Lol..! Yang Pastinya Bintang Raudhah ni bukanlah bintang-bintang yang terkait dengan sistem solar yang ada kat cakerawala tu... Sama sekali tidak...! Langsung tak terkait... betul bang.... SUMPAH..!!!






Dah tu, Bintang Raudhah tu menatang apa??

Mmmm... Untuk pengetahuan umum, Bintang Raudhah ni bukanlah sejenis menatang mahupun tumbuh-tumbuhan yang meliar macam di kawasan hutan simpan dekat belakang asrama kami ni... kami ni hanyalah sebuah kumpulan nasyid yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja...

Apa??....??
tak percaya... ???
Ye..!! Betul.. ! Memang kami ni kumpulan nasyid.. 
Q : Dah tu kenapa blogging macam budak-budak luar je....??? Selalu kan budak-budak nasyid ni jenis nerd dan santun-santun...???
hahaha... Jawapannya tetap ye... walaupun cara bahasa kami berblogging macam budak-budak yang takda masa depan.. kami memang penasyid.. Adui... Kepada semua yang membaca, harap.. janganlah marah-marah dengan cara penulisan kami yang kadang-kadang dirasakan seperti loya bughuk ni ye. ( What ever lah :-D )

Ok... I think , we should start introduce ourselves from begin. 

Assalamualaikum
Kami menggelarkan diri kami ni sebagai Bintang Raudhah. Kumpulan kami ni dah ditubuhkan semenjak tahun 2005 oleh cikgu kami yang merupakan abang, ustaz serta guru kepada kami sendiri iaitu Abang Emy.. 

Q : Siapa Abang Emy ni plak?? 
Laaaaa....?? Ni nak tahu pasal kami ke atau nak tanya pasal Abang Emy?? Grrrr......!! guys...  plzzzz... pay attention to us fIRst..  :-(
Bintang Raudhah merupakan sebuah kumpulan nasyid yang dianggotai oleh beberapa orang anggota dari Rumah Kebajikan Pondok Penyayang Raudhah yang terletak di Batu 11 Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur.. Kesemua ahli kumpulan kami adalah terdiri Anak yatim, Fakir Miskin, Asnaf serta yang mendapat perlindungan di Rumah Ar-Raudhah.


Rumah Kebajikan Pondok Penyayang Raudhah


Di sinilah bermulanya segala perjalanan kami sebagai Warga Ar-Raudhah. Bakat anak-anak Raudhah di sini termasuklah kami dihidu oleh abg Emy yang baru saja beberapa bulan datang sebagai sukarelawan di Raudhah. Pada mulanya kami hanyalah sekadar menyanyi secara suka-suka tapi lama kelamaan Abg Emy telah melakukan pelbagai perubahan termasuklah menambah permainan bermain alat musik seperti Latin Percussion dan Modern Instrument seperti gitar, keyboard dan lain-lain.


Ahli kumpulan kami pada asalnya terdiri daripada 8 Orang tapi pelbagai rombakan telah dilakukan atas pelbagai sebab dan faktor. Kini Ahli kumpulan dalam Bintang Raudhah secara tetap adalah seramai 10 orang.. 


      Bermulanya kami sebagai Bintang Raudhah dilatih oleh warden perempuan kami yang merupakan kakak kami jugak iaitu Kak Teh @ Ustazah Siti Shahira. Bermula dengan latihan yang garang serta tegas kami sering dimarah kalau gagal untuk menguasai latihan kami. dari sebab itulah, kami, ahli dalam kumpulan ini tekad untuk menguasai nasyid kerana kami bukanlah dari golongan yang berlatar-belakang kan pendidikan secara formal, ada antara kami yang datang ke Raudhah dalam keadaan tidak boleh membaca selewat usia 16 tahun. Tapi itu bukanlah alasan bagi kami untuk hidup. Di sini kami di ajar Mengenal Allah , Rasulullah serta sembahyang. Fardhu Ain adalah subjek wajib tahap gaban bagi keseluruhan penghuni di sini.. 

Yang lucunya OKU yang datang ke sini yang pada mulanya tak reti menguruskan diripun cam mandi dan basuh baju pun La ni dah reti untuk mengumandangkan azan setiap kali masuk waktu solat. Hahaha... Ape tak nya, semuanya di sini sama rata je  dapat " Habuan " kalau malas-malas dan susah untuk "tangkap" ilmu yang diajarkan... Huhuhu :-D

K..!! stop about Pondok Penyayang Raudhah!! Nanti kami sambung lagi bab Pondok Penyayang Raudhah pada siri kami yang akan datang k.. Lol...!! Heheheh
Persembahan kami yang pertama waktu tu adalah majlis-majlis kenduri kawin.. Kami mendapat jemputan melalui mereka yang pernah hadir ke Ar-Raudhah. Jadi tu, sambil berhibur, baik beramal dengan kami-kami nih... heheheh.... waktu tu nak bagitau semua, kami ni memang extraordinary kiut-miut serta comel-comel belaka..  heheh.. mau tak??? waktu tu kami masing-masing baru je berumur 6 hingga 9 tahun.. sebab tu la ramai lagi yang nak jemput kami untuk majlis diorang yang akan datang tu..??  hahaha... ( Dah mule nak belagak ni ) ... 


Dipendekkan cerita kami hanya mengambil bayaran untuk persembahan kami dengan harga RM 500 ringgit je untuk satu majlis... wooOooOooW...!! Waktu tu bagi kami, Rm 500 itu adalah suatu nilai yang...... hanya Allah saja yang tahu... maklumlah... itulah first time kami berduit sikit hasil titik peluh kami sendiri.. So.. Lama-kelamaan, Nama Bintang Raudhah pun sampai lah pada perhatian orang dari golongan elit.. 


pada tahun 2008 ( Kalau tak silap kami laa ), Kami mendapat jemputan untuk majis korporat yang pertama bersama  Tun Dato' Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.. Teruja sungguh kami sebab waktu tu la pertama kali kami dapat tengok crowd yang rata-ratanya hadir majlis tu pakai suit ala-ala James Bond.. haha.. Kalau pada bab yang lain.. memang tobat tak tahu menahu langsung la apa2 protokol untuk majlis elit camtu.. Hahaha... lagi 3 minit lagi nak perform dan nama kumpulan kami juga turut di announce kan oleh MC majlis.. tiba-tiba nak jadikan cerita.. Ketua kumpulan kami iaitu Mohd Ali Tarmizi ( umur 8 tahun waktu tu ) bleh plak tiba-tiba lari turun dari pentas.. Majlis yang dah bermula pada waktu tu menjadi terdiam seketika pabila persembahan grup kami yang dah mula diumumkan masih lagi tak buat apa-apa persembahan kerana ketiadaan Solo Utama.. 


PM kita iaitu Pak Lah memang sah kelihatan amat tak selesa dengan situasi ini.. Beliau memberikan isyarat supaya petugas mencari Ali sampai dapat.. Cari punya cari.... Akhirnya setelah 3 minit majlis terdiam, Ali pun sampai atas pentas.. Kami yang masih lagi kebudak-budakan pada waktu tu pun terus bergaduh memarahi Ali tanpa mempedulikan microfon yang telah tersedia On pada waktu tu. 
hehehe... Nak tahu apa Ali jerit kat kami depan-depan microfon waktu tu???
Korang ni nak bising-bising apahal lak?? Aku pergi berak pun salah ke ?? ni pun tak abis keluar lagik tau... 
Hahaha... 


Maka... orang ramai yang terdiam pada waktu itu termasuklah Paklah & Kawan -kawan pun terus berdekah-dekah ketawa dengan gelagat kami... Majlis yang suram akhirnya dimulakan dengan gelagat anak-anak dari Pondok Penyayang Raudhah itu sendiri... :-D


Maka itulah serba sedikit sejarah mengenai kami.. 
Banyak lagi yang nak diceritakan tapi disebabkan Jam pada ketika ini sudah menunjukkan jam 11.38 malam, eloklah rasanya jika kami mengundurkan diri dulu bagi memberi ruang pada mata ini untuk mendapatkan masa tidur yang penuh berharga... jika ada masa terluang pada masa akan datang, kami pasti akan ceritakan lagi kisah pengembaraan kami termasuk cerita suka, duka, pahit manis kami sepanjang bergelar Bintang Raudhah.. Insya Allah... 


Tujuan asal menubuhkan bintangraudhah.blogspot ni adalah bagi memberi sedikit info kepada mereka-mereka yang pernah mendapatkan khidmat kami sepanjang kami menjadi ahli Bintang Raudhah ini.. Bukan apa...  Kalau tak tulis, penat juga nak cerita pasal sejarah kami ni setiap kali kami mendapat show... So... Kepada yang mahu bertanya pada kami tentang kami pada sebelum-sebelum ini, maka terimalah hasil buah tangan dari kami


Ikhlas dari kami untuk semua


Bintang Raudhah -